Saya dan keluarga bergerak ke utara pada hari Jumaat, 2 hari sebelum raya. Kami bergerak jam 6.30 petang ke Rengit dulu. Berbuka dalam kereta je. Sampai Rengit jam 8 malam. Kemudian pada jam 12.30 malam kami memulakan perjalanan ke Sg Petani. Jam 4 pagi kami sampai di R&R Dengkil dan bersahur di sana. Pada jam 5 pagi kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Restoren jejantas Sg Buloh untuk solat Subuh dan mandi. Pada jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan. Tidak lama lepas tu, Lebuhraya Utara Selatan mulai sesak dengan kenderaan menghala ke utara. Di Behrang, kami mulai merasai nikmat 'jem' di lebuhraya. Sampai di Sungkai, kami keluar melalui jalan lama. mulanya jalan elok tapi di Bidor, jalan jem lagi. Kami masuk semula ke lebuhraya. Kami terpaksa menempoh kesesakan lagi. Selepas terowong, kami berehat di 'vista point. Tak tahan kerana mengantuk. Lepas tu kami teruskan perjalanan. Kesesakan berterusan hinggalah di Tol Juru. Lepas tu jalan mulai lega sikit tapi kenderaan tetap banyak. Akhirnya kami selamat sampai di Sungai petani jam 4.30 petang. Begitulah ringkasan cerita balik kampung kami. Memang 'thrill'.
Hari raya pertama, saya bangun awal sebelum masuk waktu Subuh. Kejutkan budak-budak suruh bangun dan bersiap untuk Solat di Masjid Penghulu Hem, Sungai Layar. Khutbah yang disampaikan sangat menarik. Kalau BN dengar mesti menangis....isu utama adalah mengenai pendidikan anak-anak. Lepas solat, melawat kubur bersebelahan masjid. Di sinilah disemadikan ibu dan bapa mertua saya, Allahyarham Haji Ahmad Bin Said, meninggal pada hujung 2004 dan Allahyarham Hajah Seha Binti Bab, meninggal pada awal 1992.
Lepas tu, balik ke rumah. Di rumah kami makan-makan dan lepas tu bermaafan. Lepas tu, membahagikan duit raya untuk anak-anak saudara.
Lepas tu, kami ke rumah Mak Saudara isteri ku, mak Cik Timah di Sungai Layar dan rumah seorang lagi mak saudara. Lepas tu, balik rumah dan berehat.
Malam tu, sepupu saya (diat) yang juga berkahwin dengan orang Sungai Petani, telah datang ke rumah. Esoknya kami ke Yan dan Sungai Limau.
Mulai raya ke3 hingga ke 5, kami di rumah saje berkemas2 sebab rumah pusaka ini akan dijual. Masa berkemas timbul macam2 nostalgia lama bila melihat gambar lama dan barang lama. masing2 membelek dan membahagikan barang di antara adik-beradik. Tu yang makan 3 hari berkemas. Kami bertolak balik ke Johor jam 2.30 petang raya ke5. Sampai di Rengit jam 3 pagi. Kemudiannya, jam 10 malam hari jumaat kami bergerak balik ke Tiram. Hari Sabtu, kemas rumah sebab sebelum raya tak kemas lagi. Hari Ahad dah sebuk nak hantar Aqila ke IPTI, Aliff ke SMK Mohd Khalid dan Afiqah ke MRSM Pontian, Maka tinggallah 3 orang di rumah lepas tu........
ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah
Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri

- Azhar dan Sherina
- Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
- Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP
27 September, 2009
Dah Balik Tiram Semula
Posted by Azhar dan Sherina at 5:53 AM 0 comments
18 September, 2009
2 hari sahaja lagi bulan Ramadan
Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita. Hari ini Jumaat dan esok Sabtu sahaja yang tinggal untuk berpuasa. Hari Ahad dijangka I Syawal. Sedih jugak sebab terasa masa berlalu begitu cepat. Rasa macam tak sempat nak buat banyak ibadat tiba2 dah nak raya. Semalam, keluarga saya lengkap semula. Anak yang Sulong, Aqila dah sampai rumah. Yang kedua Aliff pun dah sampai rumah. yang ke3, dah sampai hari Rabu lagi. Aqila belajar di IPG Kampus Temenggung Ibrahim, JB. Aliff di Tingkatan 4, SMK Mohd Khalid JB dan Afiqah di MRSM Pontian. Nasib baik semuanya tak jauh, mudahlah nak ambil. Kalau jauh, terpaksalah naik bas sendiri. Semalam dapat berbuka 6 orang. Selalunya bertiga je.....
Pagi ini, saya memeriksa Toyota Unser, periksa minyak hitam, air bateri, tekanan angin pada tayar dan pergi hantar cuci. Lepas tu, ambil daun pandan belakang rumah dan letak dalam kereta. Pewangi percuma tak [erlu bayar. Nak letak banyak helaipun tak jadi masalah...hehehe
Petang ni, nak bergerak balik kampung. kali ni giliran Sungai Petani. Tapi persinggahan wajib kami adalah Rengit, Batu Pahat. Kena pastikan sampai Rengit sebelum waktu berbuka. Kemudian dalam jam 11 malam lebih kurang, kami sekeluarga akan memulakan perjalanan ke SP.
Mungkin dalam tempoh raya ni dalam seminggu jugalah saya takkan mengemaskini blog ini. Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang membaca blog ini. Selamat lkembali ke kampung dan pulang semula ke rumah dengan selamat dan sihat. Berhati-hati semasa memandu dan semasa makan.
Wassalam
Azhar Arifin
Posted by Azhar dan Sherina at 10:16 AM 0 comments
17 September, 2009
Tahniah Kepada Norlaila Othman
Saya membaca dalam Malaysiakini mengenai pembebasan tahanan ISA. Salah seorang daripada mereka adalah suami kepada rakan semasa menuntut di ITM Terengganu dulu iaitu Norlaila Othman. Saya tahu yang Norlaila begitu bersungguh-sungguh berjuang supaya suami beliau dan tahanan ISA yang lain dibebaskan. Namun, aktiviti beliau hanya saya ikuti melalui laman-laman web sahaja. Bersempena dengan bulan yang mulia ini sudah tentunya berita gembira ini menyejukkan sedikit hati Norlaila dan keluarga yang selama 8 tahun menderita terpisah di antara bapa dan anak dan suami dan isteri. Keluarga adalah sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan kita. Sewajarnya kita menghargai ikatan kekeluargaan ini. Saya amat menyanjung kesabaran dan kesetiaan Norlaila yang tabah hidup sendiri membesarkan anak beliau. Semoga selepas ini, keluarga beliau akan lebih rapat kerana ujian besar seperti ini sudah tentu memberi kesedaran betapa pentingnya orang yang tersayang dalam hidup kita.
Selamat menjalani kehidupan baru kepada Norlaila Othman, suami beliau Mat Shah dan anak tunggal mereka.
Posted by Azhar dan Sherina at 4:05 AM 0 comments
15 September, 2009
HARI RAYA MENJELANG TIBA
Beberapa hari lalu saya tidak berkesempatan mengemaskini blog saya ni. Saya ke Shah Alam kerana ada tugasan. Pertamanya menjadi urusetia Pertandingan Catur Bistari peringkat UiTM Shah Alam dan keduanya menjadi Panel Hakim Penilaian Rancangan Perniagaan Terbaik Program Siswa Bistari UiTM Shah Alam. Saya ke sana pada hari Sabtu dan tadi petang sampai ke rumah.
Alhamdulillah, sepanjang 4 hari di sana, ketiga-tiga malam saya mampu berkunjung ke Masjid Biru, Shah Alam untuk qiamullail. Terima kasih kepada Sdr Jamaludin (Ilham Lestari) yang menjadi peneguh semangat untuk saya bangun jam 3 pagi. Bukan mudah untuk bangun seawal itu kerana itu adalah waktu yang paling syok untuk tidur.
Saya nak cerita pasal masjid ni. Saya tidak pasti tentang masjid lain tapi saya tertarik dengan umat islam di Shah Alam yang benar-benar memanfaatkan 10 malam terakhir bulan Ramadan untuk beribadat. Bila saya sampai di masjid, saya terperanjat melihat begitu banyak kereta yang diletakkan di pekarangan masjid. Wah mesti ramai yang berada dalam masjid. Telahan saya memang benar malahan yang menariknya yang datang bukan individu semata-mata tetapi dengan keluarga. Ada yang sedang bersahur ada yang sedang membaca al-quran ada yang sedang solat dan ada juga yang sedang berehat. Kebanyakan mereka berada di dewan bawah masjid yang memang cukup luas. Saya juga meninjau persekitaran masjid dan menyaksikan banyak gerai jualan berada dalam kawasan masjid. Bukan di kawasan lapang tetapi dalam bangunan masjid. masjid ni memang besar. Bila saya ke tandas masjid, saya lihat kebersihan tandas memang cukup baik tetapi tidak lah sampai peringkat tandas di hotel 5 bintang tetapi memang bersih. Ada kemudahan mandi dan bersalin pakaian yang selesa dan banyak. Selepas saya meninjau kemudahan yang ada, saya mencadangkan kepada Sdr Jamaludin supaya kami bermalam di masjid pada malam ketiga dan beliau bersetuju. Bila kita berada dalam lingkungan orang yang bersolat, membaca al-quran kita pun jadi bersemangat dan menjadi berkeinginan untuk turut sama mengimarahkan malam di masjid tersebut. Memang tak rugi saya ke sana.
Insyallah, jika diberi peluang lagi, saya akan berusaha untuk beribadat di masjid ini. Tahniah kepada pengurusan masjid yang berjaya menjadikan masjid Shah Alam sebagai tempat aktiviti masyarakat dan bukan semata-mata tempat solat sahaja. Saya mengharapkan masjid-masjid lain di negara ini dapat belajar daripada kaedah pengurusan masjid ini yang aktif dan kreatif.
Posted by Azhar dan Sherina at 10:23 PM 0 comments
11 September, 2009
Cuba Ubah Rupa Blog
Rupa blog saya dah lain hehehehe. Semalam cuba-cuba ubah sikit sana, sikit sini dan dapatlah ubah sebagaimana yang boleh disaksikan bagi sesiapa yang masuk blog ni. Takdelah hebat mana tapi dah kira baik untuk orang yang baru berjinak-jinak seperti saya. Lepas ni nak usahakan supaya blog ni boleh menjana pendapatan pulak hehehe...Bukan nak kaya tapi cukuplah untuk cover duit dapur hehehe.
Saya 'access' blog ni melalui PC di pusat servis toyota di Larkin. Kereta Toyota Unser saya sedang dirawat oleh 'doktor' Toyota. Tak taulah apa sebenarnya masalah. Tengok gaya macam H1N1. Minyak hitam ada bau petrol. Wah macam mana petrol boleh menerobos ke tempat minyak hitam?Janganlah mahal-mahal kena caj. Raya dah tak lama lagi. Rabak poket kerana merawat Unser ni. tapi terpaksalah jugak. Kalau tak dirawat sekarang, dia jatuh sakit di tengah Lebuh raya utara selatan, apa cerita?. Dugaan bulan puasa......
Petang ni saya kena ambil Aliff (satu-satunya anak lelaki) dari asrama. Esok, Sabtu jam 2 petang saya akan ke Shah Alam kerana terbabit dengan Program Siswa Bistari di UiTM Shah Alam pada Ahad dan Isnin. Hari Selasa ada urusan di Bahagian Pengambilan, SPA, Putrajaya.
Jadi selepas ni mungkin boleh kemaskini blog ni hari Rabu......hari Rabu ada latihan Catur Bistari. Nak masuk Pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan dalam bulan 11 nanti.
Nak cerita sikit pasal pusat servis toyota ni. Nak cerita kemudahan yang disediakan sementara menunggu kenderaan diservis. Tempat menunggunya sangat luas, ada kemudahan suratkhabar, ada 2 komputer yang boleh access internet boleh digunakan oleh sesiapapun percuma, ada kafe tapi tak taulah free ke kena bayar...malas nak tanya bulan puasa hehehe.
Lain kali bolehlah servis Unser di sini sebab selesa sangat. Layananpun bagus....promote jangan tak promote.....
Posted by Azhar dan Sherina at 10:54 AM 0 comments
10 September, 2009
Masa nilah kereta meragam
Hari Sabtu lepas, Toyota Unser saya rosak di Giant Pelentong. Masa pergi tak ada masalah, bila nak balik tak mau hidup. Saya pun panggil mekanik yang biasa saya hantar kereta untuk servis. Dapat dihidupkan tapi kena bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut sebab enjinnya macam lari 'tuning'nya. Petang tu, tak siap. Kena tunggu hari Ahad. hari Ahad pun tak siap. Hari Isnin pun tak siap. Hari selasa, bengkel tutup pulak. Tadi, bila pergi ke bengkel, mekanik tu menyerah kalah dan mengatakan kereta ni kena hantar pusat servis Toyota. Aduhai...kena periksa menggunakan komputer. Toyota ni pulak kena buat temujanji. Hari Khamis dah penuh, dapat temujanji hari Jumaat. Aiyoyo...janganlah kena mahal-mahal. Raya dah dekat dan kali ni nak balik Kedah pulak Inilah dugaan Tuhan. Kena sabar. Lebih baik rosak sekarang daripada rosak di tengah lebuhraya. Kalau di tengah lebuhraya, jawabnya beraya di lebuhrayalah sebab saya akan balik ke Kedah pada 18hb malam dan raya dijangka pada 20hb. Kena fikir positif, inilah caranya Allah swt nak tolong saya dan keluarga. jadi hari Jumaat ni kena ke Pusat Servis Toyota di Larkin.
Posted by Azhar dan Sherina at 12:54 AM 0 comments
08 September, 2009
Lailatul Qadar Sudah Datang????!!!!!
Terima kasih Teddy Reezwan kerana sudi menjengah blog saya. UiTM mengingatkan saya kepada zaman ITM Terengganu sekitar tahun 82-85. Lamanya....kira zaman batulah tu. Dah 24 tahun berlalu.....wahhhhh tua dah saya....Kali ni saya teringat nak cerita pasal lailatul Qadar. Kena petik dari pakar. Ini bukan tulisan asal saya tapi petikan daripada beberapa laman web......
BANYAK amalan salih dilakukan pada Ramadan dengan harapan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah. Bagi setiap amalan dilakukan kita hendaklah berdoa supaya diterima Allah. Sesungguhnya berdoa adalah satu tugas agama yang penting kedudukan dan mahal nilainya. Ia adalah pintu ibadah dalam memperhambakan diri kepada Allah dan memperlihatkan kerendahan jiwa kepada-Nya. Ini jelas melalui sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari). Pengabdian atau ibadat yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa, hidup dan bergerak. Ini laksana tubuh yang tidak bernyawa – ada badan tetapi tidak dapat bergerak ke mana-mana. Amalan berdoa digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada Ramadan, terutama pada Lailatul Qadar. Ia adalah malam paling mustajab berdoa, khususnya pada masa berlalu separuh malam dan ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya. Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu. Dalam satu hadis, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya? Jawab Baginda: "Bacalah "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah). Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: "Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab." Secara jelas dapat diperhatikan bahawa Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doa dikabulkan Allah. Tuhan selalu membuka pintu untuk hamba-Nya mengadu, memohon dan berdoa kepada-Nya. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186). Firman Allah lagi bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Nya, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dengan hina." (Surah al-Mukmin, ayat 60). |
Kehebatan Malam Al-Qadr
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Imam Al-Qurtubi mencatatkan
قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق
Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)
Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?
Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?
Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.
Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.
Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.
Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.
Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.
Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)
Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan. Tulisan di atas adalah petikan dari laman web http://www.zaharuddin.net/content/view/604/90/
Posted by Azhar dan Sherina at 11:17 AM 0 comments
06 September, 2009
Bulan Ramadan Bulan Bersedekah
Posted by Azhar dan Sherina at 11:09 PM 0 comments
05 September, 2009
Orang Gaji ke Orang Ngaji ke Nak kena gergaji?
Terima kasih Mama Alisya yang sudi menjadi follower blog saya.
Posted by Azhar dan Sherina at 2:41 PM 0 comments
04 September, 2009
Nak Raya di mana? Rumah mak ke rumah mak mertua?
Hari ini hari ke 14 kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Waktu saya kecil dulu, terasa lama benar hari-hari puasa berlalu. Kenangan waktu berpuasa dulu-dulu kadang-kadang datang juga. Teringat main bola di bulan puasa, mandi sambil telan air waktu tengahari, baring atas lantai simen dengan berseluar pendek kerana kepanasan dan keletihan, menunggang motosikal menghantar juadah berbuka ke rumah atuk di waktu petang sambil menikmati pemandangan kampung yang sungguh damai dengan serba kehijauan, bersembahyang terawih dengan cahaya pelita di surau kerana elektrik belum ada, terpaksa makan asing sebab tak puasa, perasaan malas bangun sahur kerana mengantuk teramat sangat dan banyak lagi. Semua ini kenangan indah yang pastinya tidak dapat dilupakan. Dulu rasa terseksa bila berpuasa. Sekarang puasa sudah sebati dan tidak menjadi masalah langsung. Dulu kalau ada peluang makan, mesti makan. Sekarang, kena ingat bukan budak-budak lagi. Sebab itu, bila lihat anak-anak yang mampu berpuasa tanpa paksaan terasa mereka jauh lebih hebat daripada saya.
Posted by Azhar dan Sherina at 7:36 AM 0 comments
03 September, 2009
Dunia Blog dan Followers
Terima kasih kepada JASA yang baru menjadi follower aka pengikut blog saya. Tujuan blog diwujudkan adalah untuk menjadi tempat mencurahkan isi hati, idea dan apa-apa sahaja yang ingin dikongsi bersama. Saya sebagai orang baru dalam dunia blog ini (dari segi usia taklah berapa baru), sudah tentu akan mengisi ruangan blog saya dengan perkara yang boleh membawa manfaat kepada sesiapa yang membaca. Mungkin apa yang dicatatkan pendek sahaja tetapi memang tak semua boleh dicatatkan seperti kata orang tiada kata secantik lukisan. Kalau kata2 pun dah susah nak menggambarkan sesuatu apatah lagi tulisan.
Posted by Azhar dan Sherina at 7:42 AM 0 comments
02 September, 2009
Catur Bistari
Catur Bistari? Ya...Catur Bistari! Hari ni saya nak belajar main Catur Bistari. Kenapa? Sebab akan ada pertandingan dalam bulan 10 ni. Catur Bistari adalah permainan keusahawanan yang diperkenalkan oleh Johor Corporation dan sedang mula dipopularkan untuk semua usahawan. Ia melatih kita dalam bentuk simulasi keusahawanan di mana permainan ini bermula dengan Laluan Makan Gaji. Sampai satu tahap pemain boleh beralih ke Laluan Tijarah dan tahap tertinggi adalah Laluan Jihad Bisnes. Permainan ni memang menarik. Tahun lepas dah dibuatpun pertandingan peringkat kebangsaan yang pertama di JB.
Posted by Azhar dan Sherina at 7:40 AM 0 comments
01 September, 2009
Dulu Lain, Sekarang Lain, Akan Datang Pasti Lain
Dulu masa saya kecil sekitar pertengahan 60 an dan di sepanjang 70 an, saya membesar di Rengit, sebuah pekan dalam daerah Batu Pahat Johor. Masa tu, kemudahan infrastruktur atau disebut juga prasarana masih kurang. Paip air ada tapi tekanan air amat rendah. Itupun tak semua kawasan di Rengit terutamanya yang di pendalaman mendapat bekalan air paip. Bagi yang rumahnya ada air paip pun sebenarnya lebih baik tak ada sebab airnya keluar halus dan tak kuat. Saya masih ingat terpaksa pergi ke rumah atuk saya di Parit Besar, Sri Ladang untuk mengambil air kolam atau mengambil air di mana-mana anak sungai yang bersih. Waktu itu, air sungai masih bersih dan sejuk sekali. Tapi sekarang sungai2 banyak yang dah dipenuhi rumput dan airnya pun macam air longkang, bau getah atau kelapa sawit. jangan cuba2 menggunakan air sungai sekarang. Bekalan elektrik juga waktu tu menggunakan bekalan daripada generator seorang taukeh Cina di Rengit. Bekalan elektrik cuma sebelah malam. Waktu siang takde elektrik.....Itupun ada juga yang buat penyambungan haram...TV memang takdelah. Kalau nak menonton tv kena pergi kedai kopi hailam. Saya pula pergi ke rumah atuk. Rumah dia ada tv. masa tu, setiap Jumaat malam sabtu ada tayangan filem di tv. jadi, tiap2 jumaat malam sabtu kami sekeluarga pergi rumah atuk berjalan kaki untuk menonton tv. Esok pagi2 balik rumah.
Posted by Azhar dan Sherina at 10:05 AM 0 comments