Saya dan keluarga bergerak ke utara pada hari Jumaat, 2 hari sebelum raya. Kami bergerak jam 6.30 petang ke Rengit dulu. Berbuka dalam kereta je. Sampai Rengit jam 8 malam. Kemudian pada jam 12.30 malam kami memulakan perjalanan ke Sg Petani. Jam 4 pagi kami sampai di R&R Dengkil dan bersahur di sana. Pada jam 5 pagi kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Restoren jejantas Sg Buloh untuk solat Subuh dan mandi. Pada jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan. Tidak lama lepas tu, Lebuhraya Utara Selatan mulai sesak dengan kenderaan menghala ke utara. Di Behrang, kami mulai merasai nikmat 'jem' di lebuhraya. Sampai di Sungkai, kami keluar melalui jalan lama. mulanya jalan elok tapi di Bidor, jalan jem lagi. Kami masuk semula ke lebuhraya. Kami terpaksa menempoh kesesakan lagi. Selepas terowong, kami berehat di 'vista point. Tak tahan kerana mengantuk. Lepas tu kami teruskan perjalanan. Kesesakan berterusan hinggalah di Tol Juru. Lepas tu jalan mulai lega sikit tapi kenderaan tetap banyak. Akhirnya kami selamat sampai di Sungai petani jam 4.30 petang. Begitulah ringkasan cerita balik kampung kami. Memang 'thrill'.
Hari raya pertama, saya bangun awal sebelum masuk waktu Subuh. Kejutkan budak-budak suruh bangun dan bersiap untuk Solat di Masjid Penghulu Hem, Sungai Layar. Khutbah yang disampaikan sangat menarik. Kalau BN dengar mesti menangis....isu utama adalah mengenai pendidikan anak-anak. Lepas solat, melawat kubur bersebelahan masjid. Di sinilah disemadikan ibu dan bapa mertua saya, Allahyarham Haji Ahmad Bin Said, meninggal pada hujung 2004 dan Allahyarham Hajah Seha Binti Bab, meninggal pada awal 1992.
Lepas tu, balik ke rumah. Di rumah kami makan-makan dan lepas tu bermaafan. Lepas tu, membahagikan duit raya untuk anak-anak saudara.
Lepas tu, kami ke rumah Mak Saudara isteri ku, mak Cik Timah di Sungai Layar dan rumah seorang lagi mak saudara. Lepas tu, balik rumah dan berehat.
Malam tu, sepupu saya (diat) yang juga berkahwin dengan orang Sungai Petani, telah datang ke rumah. Esoknya kami ke Yan dan Sungai Limau.
Mulai raya ke3 hingga ke 5, kami di rumah saje berkemas2 sebab rumah pusaka ini akan dijual. Masa berkemas timbul macam2 nostalgia lama bila melihat gambar lama dan barang lama. masing2 membelek dan membahagikan barang di antara adik-beradik. Tu yang makan 3 hari berkemas. Kami bertolak balik ke Johor jam 2.30 petang raya ke5. Sampai di Rengit jam 3 pagi. Kemudiannya, jam 10 malam hari jumaat kami bergerak balik ke Tiram. Hari Sabtu, kemas rumah sebab sebelum raya tak kemas lagi. Hari Ahad dah sebuk nak hantar Aqila ke IPTI, Aliff ke SMK Mohd Khalid dan Afiqah ke MRSM Pontian, Maka tinggallah 3 orang di rumah lepas tu........
Facebook Syndication Error
-
This feed URL is no longer valid. Visit this page to find the new URL, if
you have access: https...
8 years ago
0 comments:
Post a Comment