BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ISTERI & ANAK BONGSUKU

ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah

Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri

My photo
Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP

17 September, 2010

Masa Boleh Mengubah Kita

Kita mungkin tak perasan tapi kita banyak dah berubah. Dulu mungkin kita berani tapi sekarang dah slow down sikit. Dulu mungkin kita penakut tapi sekarang mungkin dah berani sikit. Dulu mungkin kita main terjah je tapi sekarang lebih berhati2. dulu kita mungkin kita tak kesah tapi sekarang kita kesah...

Masa memang mengubah kita tanpa disedari. Mungkin suasana pembesaran kita, suasana percampuran kita, suasana keperluan kita, percampuran kita dan banyak faktor yang menyebabkan kita berubah. Kalau perubahan tu mendatangkan kebaikan, baguslah tapi kalau tak bagus, kena cepat2 sedar.

Jangan abaikan masa sihat sebelum tiba waktu sakit. Jangan abai waktu senggang sebelum tiba waktu sebuk. Jangan abai waktu senang sebelum tiba waktu susah. Jangan abai waktu muda sebelum tiba waktu tua. Gunakanlah masa untuk memperbaiki hari esok dan lusa.

Periksa Besar Punyaaaaa

Tinggal beberapa hari saja lagi anak bongsuku akan menghadapi UPSR. Berdebar2 jugaklah rasanya. Sejak awal tahun lagi, persiapan telah dimulakan. Alhamdulillah, berdasarkan ujian percubaan, adalah harapan untuk mencatatkan keputusan yang baik tapi percubaan dengan periksa sebenar sudah tentu tidak sama. Kerisauan sudah tentu hadir kerana cita2 dia memang nak melanjutkna pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Doa ibu dan bapa memanglah mengiringi usaha tanpa jemu dia. Kalau dapat keputusan cemerlang bermakna dia akan mengikut jejak kakaknya meninggalkan kami berdua di rumah. Sekarang ni 3 orang kakak dan abang dah duduk di asrama. Nampaknya mahua tak mahu terpaksalah aku dan isteri menghadapi kenyataan putaran roda kehidupan telah sampai. Kami berdua akan mengalami nasib sama sebagaimana dulu ibu bapa kami kehilangan kami apabila melanjutkan pelajaran ke universiti.Sekarang giliran kami pula merasakan situasi begitu. Bila dah terkena diri sendiri barulah sedar bagaimana perasaan mak bapak kami dulu. Sudah tentu pemergian melanjutkan pelajaran diiringi dengan doa restu agar berjaya. Tapi dulu, mak bapak kami takde tempat nak meluahkan perasaan seperti kami.

Apapun, semoga anak2 semua berjaya menjadi insan berguna sekurang2nya untuk diri sendiri dan kalau boleh untuk keluarga, masyarakat dan bangsa serta agama.....

22 June, 2010

Facebook ke blog?

Alhamdulillah, selepas terbiar beberapa lama, saya kembali melihat blog ini. Beza blog dengan facebook adalah kita mengharap orang access blog kita tapi facebook adalah benar2 interaktif. Apa yang kita masukkan dalam facebook secara automatik orang akan baca sekiranya kita dah jadi kawan. Blog ni susah sikit. Mungkin hanya kita sorang je yang baca. Jadi sudah tentulah FB akan menjadi pilihan untuk berhubung dengan pantas. Makin lama internet makin canggih. Blog makin ketinggalan......Tapi saya akan kekalkan blog ini sebab ianya boleh dijadikan ruang peribadi mencurahkan idea sekiranya tak berhajat untuk orang lain membacanya dengan pantas.....

03 February, 2010

Benih Keusahawanan

Pada 1 dan 2 Feb 2010, saya terbabit dengan Program Pembimbing Keusahawanan dan Hari Bistari 2010. Program Pembimbing Keusahawanan adalah kursus untuk Guru2 Pembimbing Program Tunas Bistari dan Didik Bistari. Pihak Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab terhadap aktiviti2 keusahawanan anjuran Bistari Johor Berhad telah memberikan kepercayaan kepada Ilham Lestari Management untuk menjadi pengurus acara bagi memastikan Program Pembimbimg Keusahawanan dan Hari Bistari 2010 dapat berjalan lancar.

Tugas Ilham Lestari adalah memastikan proses pendaftaran peserta, persiapan tempat kursus (dewan kursus, peralatan seperti susunan kerusi meja, bahan2 kuliah dsbnya), urusan makanan, penginapan, pengangkutan, keselamatan dan penceramah diuruskan dengan sebaik2nya.

Sebanyak 170 buah sekolah seluruh negeri Johor terbabit dengan program ini ( 100 sekolah terbabit dengan Didik Bistari dan 70 sekolah Tunas Bistari). Para pesertanya terdiri daripada Guru Pembimbing dan pelajar2 sekolah seramai hampir 500 orang.

Pada 1hb, program ini tertumpu di Hotel Selesa JB. Manakala pada 2hb diadakan di Persada Johor, JB. Pada 1hb tersebut, para peserta telah mendengar Sesi Perkongsian Pengalaman dengan Tuan Hj Rozan Mohd Saat, Naib Presiden Kanan JCorp (Bisnes Intrapreneur) yang juga Pengarah Urusan Sindora Bhd. Beliau berkongsi mengenai pengalaman JCorp berbisnes. Memang menarik bila mendengar pengalaman JCorp yang bermula daripada tidak ada apa2, sehingga kini telah memiliki nilai aset tidak kurang RM10 bilion.

Saya terbabit menjadi Pencermah untuk Program Didik Bistari dan saya telah menyampaikan tajuk Kreativiti dalam bisnes dan Rancangan Perniagaan. Program DB ini adalah untuk murid2 sekolah rendah. Oleh itu, aktiviti yang bakal dijalankan perlulah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Pada 2hb pula telah diadakan Hari Bistari di mana di sebelah petang telah diadakan majlis penyampaian anugerah untuk peserta yang menyertai Program Tunas dan Didik Bistari 2009. Saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi Pengacara Majlis. Sejak 1992, majlis ini memang saya acarakan kecuali sekali atau dua kali. Alhamdulillah, saya mampu mengendalikan majlis tersebut dan ianya berjalan lancar. Mudah sahaja untuk mengetahuinya kerana saya menggunakan petunjuk, jika Tan Sri Ali Hashim kelihatan tersenyum dan gembira di sepanjang majlis, maknanya beliau gembira. Saya kenal sangat dengan aksi wajah beliau sekiranya suka atau tidak. Maklumlah dah bertahun2 menjadi MC majlis2 JCorp. Saya pun yakin yang majlis tersebut tiada kesilapan kecuali kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Selesai saja majlis, saya dapat merasakan tekak saya perit.

Hari ini  tekak saya masih sakit lagi. Kena cari penawar...air asam jawa buatan sendiri.........

30 January, 2010

Dah hari ke 9

Hari ni Sabtu. Maknanya dah 8 hari Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan di Bukit Mahmoodiah. Rakyat Johor pun dah tak memakai songkok berlilit putih. Tapi itu bukan maknanya dah tak sedih. Kesedihan bukan ditunjukkan dengan memakai songkok berlilit putih semata-mata. Namun, kehiudpan perlu diteruskan.

Semalam kami sekeluarga dapat berkumpul. Saya mengambil Aliff dan Aqila petang semalam. Manakala orang rumah saya mengambil Afiqah di Pontian. Begitulah resamnya, kami berpakat untuk mengambil anak jika nak balik rumah. Saya tidak sempat untuk ke Pontian mengambil Afiqah kerana terikat dengan tugasan.

Sejak 27hb Januari saya membantu IPPJ menguruskan Program PTK untuk Johor Civil Service (JCS) di Hotel Puteri Pacific JB. Kali ini, ianya membabitkan Gred 44, 48, 52 dan 54. Memang ramai. Lebih kurang 99 orang. Program berakhir 29hb petang semalam. Terima kasih kepada para peserta yang memberikan kerjasama di sepanjang program tersebut. Bertambah lagi kenalan saya di kalangan JCS. Mereka ni semua merupakan senior management kerajaan Johor. jadi saya amat bertuah dapat terbabit dengan program ini.

Terima kasih kepada IPPJ yang sekali lagi menaruh kepercayaan kepada saya untuk bekerjasama. Insyallah saya sentiasa akan memberikan yang terbaik untuk menjaga nama baik IPPJ. Alhamdulillah setakat ini, pihak SUKJ nampaknya selesa dengan IPPJ. Jadi adalah lagi peluang untuk terus saya menjalinkan kerjasama dengan IPPJ dan SUKJ. 

26 January, 2010

Yang Pergi Biarkan Pergi Dengan Tenang

Tanggal 22 Januari 2010, negeri Johor Darul Ta'zim kehilangan seorang pemimpin negeri yang hebat. Almarhum DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah pergi meninggalkan semuanya di alam fana ini. Sebelum berita kemangkatan Almarhum diumumkan pada jam 11.25 malam oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman, memang telah tersebar berita sejak paginya yang Almarhum sangat gering dan dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri. Di sepanjang hari Jumaat tersebut, Radio Best 104 hanya memainkan lagu-lagu tanpa kata-kata daripada penyampai. Pada pagi Jumaat tersebut juga, di sekitar 7 pagi, tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat hampir di seluruh bandaraya Johor Bahru. Hujan ni memang berbeza sebab tiada tanda untuk hujan pagi tu. Malahan hari sebelumnya dah beberapa lama JB tak hujan. Hujan ni turun sehinggalah sekitar jam 7.30 pagi. Lepas tu cuaca panas terik dan tak hujan.

Saya memang menghormati Almarhum sebagai seorang Sultan yang berbeza. Baginda mempunyai karisma, aura dan sifat-sifat yang menyebabkan orang begitu menghormati baginda. Saya berpengalaman menjadi pengacara majlis dalam beberapa majlis yang dihadiri Almarhum. Di antaranya Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang dan Majlis Perkahwinan anak perempuan Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim.

Biasanya Almarhum tidak berkenan pengacara majlis bercakap panjang-panjang. Semuanya mesti ringkas dan menepati maksud.

Almarhum gemar acara perlumbaan motosikal. Ini adalah salah-satu sebab Johor Circuit dibina di Pasir Gudang kerana selain daripada galakan oleh Almarhum, pertandingan lumba motor tersebut telah berjaya menaikkan nama Pasir Gudang di mata dunia. Mungkin sekarang ni, ramai orang tidak tahu yang sebelum Litar Sepang terbina, Pasir Gudang merupakan tumpuan peminat-peminat motosikal peringkat antarabangsa pada tahun 80an dan 90an.

Baginda juga menggalakkan diadakan acara-acara yang boleh menghidupkan kembali permainan tradisi seperti layang-layang. Pada setiap tahun, Almarhum tidak ketinggalan menyaksikan Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang yang terkenal itu.

Kita semua sudah tentu biasa mendengar Kembara Mahkota Johor. Ini juga adalah kaedah Almarhum untuk menyediakan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk menjadi seorang Sultan yang faham corak kehidupan rakyat jelata. Pendekatan ini sangat hebat yang menyebabkan seluruh rakyat Johor tertunggu-tunggu acara ini setiap tahun. Mungkin acara ini akan tetap diteruskan. Malahan tidak mustahil DYMM Sultan Ibrahim akan turut sama mencemar duli bersama anakanda baginda untuk terus bertemu rakyat.

Saya juga sudah beberapa kali menjadi pengacara majlis semasa kehadiran DYMM Sultan Ibrahim semasa baginda menjadi Tunku Mahkota Johor. Di antaranya adalah perasmian Bandar Dato' Onn, perasmian Taman Damansara Aliff dan majlis perkahwinan anak lelaki Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim...

Saya juga beberapa kali menjadi pengacara untuk Sultanah yang baru iaitu YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Yang terbaru adalah pada 9 Disember 2009 semasa  Majlis Konvokesyen KPJ International College of Nursing and Health Sciences di Dewan Merdeka, PWTC, KL.

Sudah tentu kita semua mengharapkan agar di bawah pemerintahan DYMM Baginda Sultan Ibrahim ini, negeri Johor akan terus makmur, maju, aman dan diberkati Allah jua.

Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ismail. Almarhum akan diingati sebagai Sultan yang unik dan berjiwa rakyat. Semoga Almarhum ditempatkan bersama insan-insan yang beramal soleh dan dimasukkan ke syurga firdausi. Amin.......

22 January, 2010

Pelancaran Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari

Hari ini saya ada mesyuarat untuk majlis Anugerah dan Pelancaran TB, DB,SB bagi tahun 2010. Yang anugerah tu untuk 2009. kalau tahun sebelum ni saya cuma menjadi MC, kali ini, saya juga akan terbabit dengan program2 ini secara langsung membantu sahabat Jamaludin Songip yang kini mengikuti isteri sambung belajar di Australia untuk 3 tahun akan datang.

Walaupun selama ini saya hanya jadi MC tapi sebagai mantan anggota pekerja JCorp, saya mengikuti aktiviti dan perkembangan program pembudayaan keusahawanan di kalangan anak bangsa ini sejak 1992 lagi. Oleh itu, program2 ini bukanlah asing buat saya. Bagi saya program ini amat bagus sekali untuk membiasakan anak2 kita dengan dunia bisnes. Kalau dulu, kebanyakan mak bapak kita makan gaji, harapan kita biarlah generasi anak2 ini nanti menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan nombor wahid. Selama ini kita tahu hadis nabi 9/10 punca rezeki adalah daripada bisnes/perniagaan tetapi apa yang berlaku 9/10 daripada orang kita makan gaji. Mungkin waktu tu, kesedaran tentang bisnes sangat sedikit disebabkan kita dah beratus tahun dijajah dan disogokkan dengan keselesaan makan gaji. Kononnya makan gaji menjamin masa depan. Memanglah tiap hujung bulan ada gaji tapi masalahnya gaji masuk 25hb, tak sampai seminggu dah bersih sebab gajinya tak mencukupi untuk dibelanjakan. Di sinilah kita kena faham bahawa selain daripada menyerang (cari duit) kita kena juga bertahan (simpan duit). Jangan menyerang aje tapi pertahanan tak kukuh, bolos pintu gol kita dengan serangan mengejut (kecemasan, keperluan hujung tahun anak sekolah, hari raya dsbnya). Pertahanan kena kuat supaya apa yang kita dah serang tu tak dikontrakan semula. Contohnya, kita dah berjaya jaringkan gol 5 berbalas 0. Kita kena pastikan pertahanan tidak diboocori. Kalau jadi akhirnya 5-1, atau 5-2, atau 5-3, atau 5-4, samalah macam cuma jaringkan 4-0, 3-0, 2-0 dan 1-0. Itu kira masih bagus lagi. Jangan pulak ada pertahanan yang menyebabkan kita tewas selepas jaringkan 5 gol contohnya 5-6. Apa cerita? Meloponglah jawabnya. Pengurusan kewangan amat penting. Saya tahu apa yang saya cakap sebab saya pun macam tu. Bila dah dibolosi gawangnya dengan bayar bil astro, telefon, air, api, bas sekolah, pinjaman rumah, kereta, peribadi dsbnya akhirnya tewas dengan kepeningan yang teramat kerana duit pendapatan defiicit.......Bak kata Nabil (yang saya jadikan sesuai dengan orang Melayu): ANDA FIKIRLAH SENDIRI!!!!!!!!