Tinggal beberapa hari saja lagi anak bongsuku akan menghadapi UPSR. Berdebar2 jugaklah rasanya. Sejak awal tahun lagi, persiapan telah dimulakan. Alhamdulillah, berdasarkan ujian percubaan, adalah harapan untuk mencatatkan keputusan yang baik tapi percubaan dengan periksa sebenar sudah tentu tidak sama. Kerisauan sudah tentu hadir kerana cita2 dia memang nak melanjutkna pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Doa ibu dan bapa memanglah mengiringi usaha tanpa jemu dia. Kalau dapat keputusan cemerlang bermakna dia akan mengikut jejak kakaknya meninggalkan kami berdua di rumah. Sekarang ni 3 orang kakak dan abang dah duduk di asrama. Nampaknya mahua tak mahu terpaksalah aku dan isteri menghadapi kenyataan putaran roda kehidupan telah sampai. Kami berdua akan mengalami nasib sama sebagaimana dulu ibu bapa kami kehilangan kami apabila melanjutkan pelajaran ke universiti.Sekarang giliran kami pula merasakan situasi begitu. Bila dah terkena diri sendiri barulah sedar bagaimana perasaan mak bapak kami dulu. Sudah tentu pemergian melanjutkan pelajaran diiringi dengan doa restu agar berjaya. Tapi dulu, mak bapak kami takde tempat nak meluahkan perasaan seperti kami.
Apapun, semoga anak2 semua berjaya menjadi insan berguna sekurang2nya untuk diri sendiri dan kalau boleh untuk keluarga, masyarakat dan bangsa serta agama.....
-
0 comments:
Post a Comment