Kita mungkin tak perasan tapi kita banyak dah berubah. Dulu mungkin kita berani tapi sekarang dah slow down sikit. Dulu mungkin kita penakut tapi sekarang mungkin dah berani sikit. Dulu mungkin kita main terjah je tapi sekarang lebih berhati2. dulu kita mungkin kita tak kesah tapi sekarang kita kesah...
Masa memang mengubah kita tanpa disedari. Mungkin suasana pembesaran kita, suasana percampuran kita, suasana keperluan kita, percampuran kita dan banyak faktor yang menyebabkan kita berubah. Kalau perubahan tu mendatangkan kebaikan, baguslah tapi kalau tak bagus, kena cepat2 sedar.
Jangan abaikan masa sihat sebelum tiba waktu sakit. Jangan abai waktu senggang sebelum tiba waktu sebuk. Jangan abai waktu senang sebelum tiba waktu susah. Jangan abai waktu muda sebelum tiba waktu tua. Gunakanlah masa untuk memperbaiki hari esok dan lusa.
ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah
Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri
- Azhar dan Sherina
- Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
- Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP
17 September, 2010
Masa Boleh Mengubah Kita
Posted by Azhar dan Sherina at 11:47 AM 15 comments
Periksa Besar Punyaaaaa
Tinggal beberapa hari saja lagi anak bongsuku akan menghadapi UPSR. Berdebar2 jugaklah rasanya. Sejak awal tahun lagi, persiapan telah dimulakan. Alhamdulillah, berdasarkan ujian percubaan, adalah harapan untuk mencatatkan keputusan yang baik tapi percubaan dengan periksa sebenar sudah tentu tidak sama. Kerisauan sudah tentu hadir kerana cita2 dia memang nak melanjutkna pelajaran ke sekolah berasrama penuh. Doa ibu dan bapa memanglah mengiringi usaha tanpa jemu dia. Kalau dapat keputusan cemerlang bermakna dia akan mengikut jejak kakaknya meninggalkan kami berdua di rumah. Sekarang ni 3 orang kakak dan abang dah duduk di asrama. Nampaknya mahua tak mahu terpaksalah aku dan isteri menghadapi kenyataan putaran roda kehidupan telah sampai. Kami berdua akan mengalami nasib sama sebagaimana dulu ibu bapa kami kehilangan kami apabila melanjutkan pelajaran ke universiti.Sekarang giliran kami pula merasakan situasi begitu. Bila dah terkena diri sendiri barulah sedar bagaimana perasaan mak bapak kami dulu. Sudah tentu pemergian melanjutkan pelajaran diiringi dengan doa restu agar berjaya. Tapi dulu, mak bapak kami takde tempat nak meluahkan perasaan seperti kami.
Apapun, semoga anak2 semua berjaya menjadi insan berguna sekurang2nya untuk diri sendiri dan kalau boleh untuk keluarga, masyarakat dan bangsa serta agama.....
Posted by Azhar dan Sherina at 11:33 AM 0 comments
22 June, 2010
Facebook ke blog?
Alhamdulillah, selepas terbiar beberapa lama, saya kembali melihat blog ini. Beza blog dengan facebook adalah kita mengharap orang access blog kita tapi facebook adalah benar2 interaktif. Apa yang kita masukkan dalam facebook secara automatik orang akan baca sekiranya kita dah jadi kawan. Blog ni susah sikit. Mungkin hanya kita sorang je yang baca. Jadi sudah tentulah FB akan menjadi pilihan untuk berhubung dengan pantas. Makin lama internet makin canggih. Blog makin ketinggalan......Tapi saya akan kekalkan blog ini sebab ianya boleh dijadikan ruang peribadi mencurahkan idea sekiranya tak berhajat untuk orang lain membacanya dengan pantas.....
Posted by Azhar dan Sherina at 8:22 AM 1 comments
03 February, 2010
Benih Keusahawanan
Pada 1 dan 2 Feb 2010, saya terbabit dengan Program Pembimbing Keusahawanan dan Hari Bistari 2010. Program Pembimbing Keusahawanan adalah kursus untuk Guru2 Pembimbing Program Tunas Bistari dan Didik Bistari. Pihak Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab terhadap aktiviti2 keusahawanan anjuran Bistari Johor Berhad telah memberikan kepercayaan kepada Ilham Lestari Management untuk menjadi pengurus acara bagi memastikan Program Pembimbimg Keusahawanan dan Hari Bistari 2010 dapat berjalan lancar.
Tugas Ilham Lestari adalah memastikan proses pendaftaran peserta, persiapan tempat kursus (dewan kursus, peralatan seperti susunan kerusi meja, bahan2 kuliah dsbnya), urusan makanan, penginapan, pengangkutan, keselamatan dan penceramah diuruskan dengan sebaik2nya.
Sebanyak 170 buah sekolah seluruh negeri Johor terbabit dengan program ini ( 100 sekolah terbabit dengan Didik Bistari dan 70 sekolah Tunas Bistari). Para pesertanya terdiri daripada Guru Pembimbing dan pelajar2 sekolah seramai hampir 500 orang.
Pada 1hb, program ini tertumpu di Hotel Selesa JB. Manakala pada 2hb diadakan di Persada Johor, JB. Pada 1hb tersebut, para peserta telah mendengar Sesi Perkongsian Pengalaman dengan Tuan Hj Rozan Mohd Saat, Naib Presiden Kanan JCorp (Bisnes Intrapreneur) yang juga Pengarah Urusan Sindora Bhd. Beliau berkongsi mengenai pengalaman JCorp berbisnes. Memang menarik bila mendengar pengalaman JCorp yang bermula daripada tidak ada apa2, sehingga kini telah memiliki nilai aset tidak kurang RM10 bilion.
Saya terbabit menjadi Pencermah untuk Program Didik Bistari dan saya telah menyampaikan tajuk Kreativiti dalam bisnes dan Rancangan Perniagaan. Program DB ini adalah untuk murid2 sekolah rendah. Oleh itu, aktiviti yang bakal dijalankan perlulah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.
Pada 2hb pula telah diadakan Hari Bistari di mana di sebelah petang telah diadakan majlis penyampaian anugerah untuk peserta yang menyertai Program Tunas dan Didik Bistari 2009. Saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi Pengacara Majlis. Sejak 1992, majlis ini memang saya acarakan kecuali sekali atau dua kali. Alhamdulillah, saya mampu mengendalikan majlis tersebut dan ianya berjalan lancar. Mudah sahaja untuk mengetahuinya kerana saya menggunakan petunjuk, jika Tan Sri Ali Hashim kelihatan tersenyum dan gembira di sepanjang majlis, maknanya beliau gembira. Saya kenal sangat dengan aksi wajah beliau sekiranya suka atau tidak. Maklumlah dah bertahun2 menjadi MC majlis2 JCorp. Saya pun yakin yang majlis tersebut tiada kesilapan kecuali kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Selesai saja majlis, saya dapat merasakan tekak saya perit.
Hari ini tekak saya masih sakit lagi. Kena cari penawar...air asam jawa buatan sendiri.........
Posted by Azhar dan Sherina at 8:36 AM 0 comments
30 January, 2010
Dah hari ke 9
Hari ni Sabtu. Maknanya dah 8 hari Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan di Bukit Mahmoodiah. Rakyat Johor pun dah tak memakai songkok berlilit putih. Tapi itu bukan maknanya dah tak sedih. Kesedihan bukan ditunjukkan dengan memakai songkok berlilit putih semata-mata. Namun, kehiudpan perlu diteruskan.
Semalam kami sekeluarga dapat berkumpul. Saya mengambil Aliff dan Aqila petang semalam. Manakala orang rumah saya mengambil Afiqah di Pontian. Begitulah resamnya, kami berpakat untuk mengambil anak jika nak balik rumah. Saya tidak sempat untuk ke Pontian mengambil Afiqah kerana terikat dengan tugasan.
Sejak 27hb Januari saya membantu IPPJ menguruskan Program PTK untuk Johor Civil Service (JCS) di Hotel Puteri Pacific JB. Kali ini, ianya membabitkan Gred 44, 48, 52 dan 54. Memang ramai. Lebih kurang 99 orang. Program berakhir 29hb petang semalam. Terima kasih kepada para peserta yang memberikan kerjasama di sepanjang program tersebut. Bertambah lagi kenalan saya di kalangan JCS. Mereka ni semua merupakan senior management kerajaan Johor. jadi saya amat bertuah dapat terbabit dengan program ini.
Terima kasih kepada IPPJ yang sekali lagi menaruh kepercayaan kepada saya untuk bekerjasama. Insyallah saya sentiasa akan memberikan yang terbaik untuk menjaga nama baik IPPJ. Alhamdulillah setakat ini, pihak SUKJ nampaknya selesa dengan IPPJ. Jadi adalah lagi peluang untuk terus saya menjalinkan kerjasama dengan IPPJ dan SUKJ.
Posted by Azhar dan Sherina at 5:57 PM 0 comments
26 January, 2010
Yang Pergi Biarkan Pergi Dengan Tenang
Tanggal 22 Januari 2010, negeri Johor Darul Ta'zim kehilangan seorang pemimpin negeri yang hebat. Almarhum DYMM Sultan Iskandar Alhaj Ibni Sultan Ismail, Sultan dan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim telah pergi meninggalkan semuanya di alam fana ini. Sebelum berita kemangkatan Almarhum diumumkan pada jam 11.25 malam oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman, memang telah tersebar berita sejak paginya yang Almarhum sangat gering dan dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri. Di sepanjang hari Jumaat tersebut, Radio Best 104 hanya memainkan lagu-lagu tanpa kata-kata daripada penyampai. Pada pagi Jumaat tersebut juga, di sekitar 7 pagi, tiba-tiba sahaja hujan turun dengan lebat hampir di seluruh bandaraya Johor Bahru. Hujan ni memang berbeza sebab tiada tanda untuk hujan pagi tu. Malahan hari sebelumnya dah beberapa lama JB tak hujan. Hujan ni turun sehinggalah sekitar jam 7.30 pagi. Lepas tu cuaca panas terik dan tak hujan.
Saya memang menghormati Almarhum sebagai seorang Sultan yang berbeza. Baginda mempunyai karisma, aura dan sifat-sifat yang menyebabkan orang begitu menghormati baginda. Saya berpengalaman menjadi pengacara majlis dalam beberapa majlis yang dihadiri Almarhum. Di antaranya Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang dan Majlis Perkahwinan anak perempuan Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim.
Biasanya Almarhum tidak berkenan pengacara majlis bercakap panjang-panjang. Semuanya mesti ringkas dan menepati maksud.
Almarhum gemar acara perlumbaan motosikal. Ini adalah salah-satu sebab Johor Circuit dibina di Pasir Gudang kerana selain daripada galakan oleh Almarhum, pertandingan lumba motor tersebut telah berjaya menaikkan nama Pasir Gudang di mata dunia. Mungkin sekarang ni, ramai orang tidak tahu yang sebelum Litar Sepang terbina, Pasir Gudang merupakan tumpuan peminat-peminat motosikal peringkat antarabangsa pada tahun 80an dan 90an.
Baginda juga menggalakkan diadakan acara-acara yang boleh menghidupkan kembali permainan tradisi seperti layang-layang. Pada setiap tahun, Almarhum tidak ketinggalan menyaksikan Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang yang terkenal itu.
Kita semua sudah tentu biasa mendengar Kembara Mahkota Johor. Ini juga adalah kaedah Almarhum untuk menyediakan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk menjadi seorang Sultan yang faham corak kehidupan rakyat jelata. Pendekatan ini sangat hebat yang menyebabkan seluruh rakyat Johor tertunggu-tunggu acara ini setiap tahun. Mungkin acara ini akan tetap diteruskan. Malahan tidak mustahil DYMM Sultan Ibrahim akan turut sama mencemar duli bersama anakanda baginda untuk terus bertemu rakyat.
Saya juga sudah beberapa kali menjadi pengacara majlis semasa kehadiran DYMM Sultan Ibrahim semasa baginda menjadi Tunku Mahkota Johor. Di antaranya adalah perasmian Bandar Dato' Onn, perasmian Taman Damansara Aliff dan majlis perkahwinan anak lelaki Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim...
Saya juga beberapa kali menjadi pengacara untuk Sultanah yang baru iaitu YMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Yang terbaru adalah pada 9 Disember 2009 semasa Majlis Konvokesyen KPJ International College of Nursing and Health Sciences di Dewan Merdeka, PWTC, KL.
Sudah tentu kita semua mengharapkan agar di bawah pemerintahan DYMM Baginda Sultan Ibrahim ini, negeri Johor akan terus makmur, maju, aman dan diberkati Allah jua.
Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Iskandar Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ismail. Almarhum akan diingati sebagai Sultan yang unik dan berjiwa rakyat. Semoga Almarhum ditempatkan bersama insan-insan yang beramal soleh dan dimasukkan ke syurga firdausi. Amin.......
Posted by Azhar dan Sherina at 7:59 AM 0 comments
22 January, 2010
Pelancaran Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari
Hari ini saya ada mesyuarat untuk majlis Anugerah dan Pelancaran TB, DB,SB bagi tahun 2010. Yang anugerah tu untuk 2009. kalau tahun sebelum ni saya cuma menjadi MC, kali ini, saya juga akan terbabit dengan program2 ini secara langsung membantu sahabat Jamaludin Songip yang kini mengikuti isteri sambung belajar di Australia untuk 3 tahun akan datang.
Walaupun selama ini saya hanya jadi MC tapi sebagai mantan anggota pekerja JCorp, saya mengikuti aktiviti dan perkembangan program pembudayaan keusahawanan di kalangan anak bangsa ini sejak 1992 lagi. Oleh itu, program2 ini bukanlah asing buat saya. Bagi saya program ini amat bagus sekali untuk membiasakan anak2 kita dengan dunia bisnes. Kalau dulu, kebanyakan mak bapak kita makan gaji, harapan kita biarlah generasi anak2 ini nanti menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan nombor wahid. Selama ini kita tahu hadis nabi 9/10 punca rezeki adalah daripada bisnes/perniagaan tetapi apa yang berlaku 9/10 daripada orang kita makan gaji. Mungkin waktu tu, kesedaran tentang bisnes sangat sedikit disebabkan kita dah beratus tahun dijajah dan disogokkan dengan keselesaan makan gaji. Kononnya makan gaji menjamin masa depan. Memanglah tiap hujung bulan ada gaji tapi masalahnya gaji masuk 25hb, tak sampai seminggu dah bersih sebab gajinya tak mencukupi untuk dibelanjakan. Di sinilah kita kena faham bahawa selain daripada menyerang (cari duit) kita kena juga bertahan (simpan duit). Jangan menyerang aje tapi pertahanan tak kukuh, bolos pintu gol kita dengan serangan mengejut (kecemasan, keperluan hujung tahun anak sekolah, hari raya dsbnya). Pertahanan kena kuat supaya apa yang kita dah serang tu tak dikontrakan semula. Contohnya, kita dah berjaya jaringkan gol 5 berbalas 0. Kita kena pastikan pertahanan tidak diboocori. Kalau jadi akhirnya 5-1, atau 5-2, atau 5-3, atau 5-4, samalah macam cuma jaringkan 4-0, 3-0, 2-0 dan 1-0. Itu kira masih bagus lagi. Jangan pulak ada pertahanan yang menyebabkan kita tewas selepas jaringkan 5 gol contohnya 5-6. Apa cerita? Meloponglah jawabnya. Pengurusan kewangan amat penting. Saya tahu apa yang saya cakap sebab saya pun macam tu. Bila dah dibolosi gawangnya dengan bayar bil astro, telefon, air, api, bas sekolah, pinjaman rumah, kereta, peribadi dsbnya akhirnya tewas dengan kepeningan yang teramat kerana duit pendapatan defiicit.......Bak kata Nabil (yang saya jadikan sesuai dengan orang Melayu): ANDA FIKIRLAH SENDIRI!!!!!!!!
Posted by Azhar dan Sherina at 7:37 AM 0 comments
19 January, 2010
Terima kasih kepada semua
Saya sekarang dah ada facebook. Tujuannya adalah untuk mencari kawan-kawan lama dan membuat networking. Manalah tahu dengan jalinan ini boleh menambahkan kebaikan dan membuka pintu rezeki. Mungkin kalau ada yang nak perkenalkan saya kepada mana-mana syarikat yang memerlukan pengacara majlis, trainer untuk pengacara majlis, pengurusan acara, team building, kepimpinan, motivasi dsbnya, alhamdulillah diucapkan.
Hari ini saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya selama ini.
Sudah tentu saya nak ucapkan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation yang banyak mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama 19 tahun berkhidmat di bawah beliau. Walaupun saya dah berhenti dr JCorp beliau masih membenarkan saya menjadi MC untuk majlis2 JCorp. Banyak dah majlis JCorp yang saya kendalikan. Sudah tentulah, saya akan memberikan yang terbaik untuk memastikan kepercayaan yang diberikan tidak disesiakan. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Puan Azizah Ahmad, Cik Suhana Shuib, Pn Satira Omar, Pn Juliah Yon, Pn Norlee Haziani, Pn Sh Noor, Puan Nora Ismail, En Kam, Tn Hj Rozan, Tn Hj Jamaludin Ali (boss KFC), Tn Hj Mazlan Othman, Pn Rabiyah Senin, Tn Hj Mat Salleh Hassan, Tn Hj Fazli, Tn Hj Zamri Norani, Tn Hj Ahamad Mohamad (boss Kulim) dan ramai lagi yang tidak putus2 membantu dan mendoakan kejayaan saya selepas berhenti daripada JCorp.
Saya nak ucapkan terima kasih kepada Sdr Asrar dari Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) yang masih suka nak ambil saya membantu beliau mengendalikan program untuk IPPJ. Bermula dengan program PTK untuk pegawai kanan SUK Johor, kemudiannya program untuk isteri-isteri pegawai JCS dan pegawai kerajaan yang berkhidmat di Johor, program PTK untuk JCS dan terbaru insyallah pada 27,28 dan 29 Jan ni program PTK lagi di JB. Semoga kerjasama baik ini dapat dieratkan lagi. Saya akan sentiasa memberi perkhidmatan profesional dan terbaik untuk memastikan program yang diamanahkan berjalan lancar dan berkesan.
Pada bulan Februari nanti, PUSPATRI akan mengadakan konvokesyen. Mereka pun telah menghubungi saya untuk menjadi MC majlis tersebut. Terima kasih juga kepada Tuan Hj Jaapar Samat yang menaruh kepercayaan untuk terus bekerjasama.
Semua yang memanggil saya untuk jadi MC biasanya adalah yang sudah pernah bekerjasama sebelum ini. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya. Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd juga insyallah akan memanggil saya untuk menjadi MC pada 2 Februari ini untuk majlis Anugerah dan Pelancaran Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari 2010 di Persada Johor. Sejak 1992 lagi saya hanya tidak menjadi MC sekali atau dua kali sahaja bagi majlis ini.
Oleh itu, saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kepada sahabat-sahabat yang masih sudi memanggil saya kerana ini adalah sumber rezeki untuk saya.
Sudah tentu saya akan sentiasa mengingati budi baik semua.
Posted by Azhar dan Sherina at 8:26 AM 0 comments
18 January, 2010
Catur Bistari
Semalam saya masuk pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan di Persada Johor. Sajalah nak cuba-cuba. Malangnya tak berjaya. Takpelah. Tak menang takpe tapi dapat merasakan pertandingan yang disertai hampir 1000 orang. Catur Bistari ni bagus untuk melatih kita berfikir sebagai usahawan.
Hari ini saya sedang menyiapkan proposal untuk JCorp bagi melatih pengacara majlis yang terdiri daripada anggota pekerja dalaman. Saya juga sedang menyiapkan proposal pengurusan stress untuk JCorp. Selain itu, saya juga baru saja siapkan proposal untuk training sebuah IPT yang meminta proposal untuk team building khususnya yang membabitkan jungle trekking dan water confidence. Insyallah hari ini semuanya boleh siap dan boleh dihantar. Bulan Januari ni agak tenang berbanding dengan bulan 11 dan 12. Bila tenang maknanya income pun tenang juga. Tu yang kena buat banyak proposal dan buat muka tak malu jumpa kawan2 untuk hantar proposal.
Beginilah hidup bila dah bekerja sendiri. Semuanya kena usaha sendiri. kalau dulu masa kerja JCorp hujung bulan dah tentu ada gaji. Rajin ke malas ke gaji tetap macam tu jugak. Memang selesa dengan gaji dulu tapi motivasi untuk bekerja makan gaji dah bekurang. Jadi konon2nya jadilah usahawan. Dah setahun pun saya begini tapi masih boleh bernafas dan bertahan walaupun ada masanya sesak nafas. Tapi langkah seribu kena bermula daripada langkah pertama. Ketahanan mental masih kukuh cuma kadang-kala tergugat jugak bila bil2 ada yang tertunggak. Main jadi2 dengan bank pasal loan pun biasa jugak. Tapi itu semuanya menjadikan saya lebih kreatif hahahaha.........Pandai uruskan aliran tunai tu kata kunci utama.
Tahun ni alhamdulillah, ada beberapa perancangan yang insyallah boleh mendatangkan income yang baik tapi tetap kena kejar sebabnya proposal hanya boleh jadi duit bila diterima, dilaksanakan dan dapat cek. Kalau setakat proposal je hmmmmmmm boleh menguap dibuatnya sebab proposal kita selalunya bukan priority kepada orang lain. Tapi ianya priority kita je. Jadi kenalah berlari2 anak dan kadang2 kena sprint dan kadang2 kena marathon sebab nak mengejar supaya proposal berjaya diterima....Begitulah nasib seorang yang nak bergelar usahawan.....
Posted by Azhar dan Sherina at 9:15 AM 0 comments
15 January, 2010
Saya kembali mengisi blog ini
Dah terlalu lama saya tak mengisi blog ini. Last sekali lepas balik dari cuti raya di kedah. Sebabnya masa tu, modem streamyx kena petir. Lama jugak biarkan tak berganti. Bila dah ganti, tak rajin pulak nak kkemaskini blog ni. Alhamdulillah, hari ni kuatkan hati untuk merajinkan diri menulis.
Dalam bulan 11 dan 12 yang lepas, saya agak sebuk dengan aktiviti menjadi pengacara majlis. Alhamdulillah ramai pulak yang sudi panggil saya menjadi pengacara. Di antaranya adalah, majlis konvokesyen KPJ International College of Nursing and Health Sciences yang diadakan di Dewan merdeka, PWTC pada 9 Disember 09. Tetamu kenamaan adalah YAM Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Sebelum tu Syarikat Pengangkutan Maju Bhd jemput pelancaran bas baru di Persada Johor, Johor Corporation jemput untuk Majlis Penyampaian Hadiah Hari Mekar Johor Corporation. Ada beberapa lagi majlis yang tak ingat pulak. Yang terakhir sebelum menyambut tahun 2010, Tanjung Langsat Port jempt majlis perasmian dermaga kargo cecair di Tanjung Langsat, Pasir Gudang pada 31 Disember 09.
Alhamdulillah semua majlis yang saya acarakan berjalan dengan lancar dan menggembirakan penganjur. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menjemput saya. Jika ada yang memerlukan khidmat pengacaraan majlis sudi2kanlah jemput saya hehehehe. Sekarang ni pengacaraan majlis adalah salah satu daripada kerjaya saya sepenuh masa. Selain daripada itu, saya juga terbabit dengan program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari. Saya juga sudah menyiapkan modul untuk membuat kursus Pengacara Majlis Profesional. Ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat menjadi pengacara majlis. Sayang rasanya jika pengalaman 20 tahun saya tidak dikongsi dengan yang berminat nak jadi pengacara.
Posted by Azhar dan Sherina at 10:05 AM 0 comments
27 September, 2009
Dah Balik Tiram Semula
Saya dan keluarga bergerak ke utara pada hari Jumaat, 2 hari sebelum raya. Kami bergerak jam 6.30 petang ke Rengit dulu. Berbuka dalam kereta je. Sampai Rengit jam 8 malam. Kemudian pada jam 12.30 malam kami memulakan perjalanan ke Sg Petani. Jam 4 pagi kami sampai di R&R Dengkil dan bersahur di sana. Pada jam 5 pagi kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Restoren jejantas Sg Buloh untuk solat Subuh dan mandi. Pada jam 7 pagi kami meneruskan perjalanan. Tidak lama lepas tu, Lebuhraya Utara Selatan mulai sesak dengan kenderaan menghala ke utara. Di Behrang, kami mulai merasai nikmat 'jem' di lebuhraya. Sampai di Sungkai, kami keluar melalui jalan lama. mulanya jalan elok tapi di Bidor, jalan jem lagi. Kami masuk semula ke lebuhraya. Kami terpaksa menempoh kesesakan lagi. Selepas terowong, kami berehat di 'vista point. Tak tahan kerana mengantuk. Lepas tu kami teruskan perjalanan. Kesesakan berterusan hinggalah di Tol Juru. Lepas tu jalan mulai lega sikit tapi kenderaan tetap banyak. Akhirnya kami selamat sampai di Sungai petani jam 4.30 petang. Begitulah ringkasan cerita balik kampung kami. Memang 'thrill'.
Hari raya pertama, saya bangun awal sebelum masuk waktu Subuh. Kejutkan budak-budak suruh bangun dan bersiap untuk Solat di Masjid Penghulu Hem, Sungai Layar. Khutbah yang disampaikan sangat menarik. Kalau BN dengar mesti menangis....isu utama adalah mengenai pendidikan anak-anak. Lepas solat, melawat kubur bersebelahan masjid. Di sinilah disemadikan ibu dan bapa mertua saya, Allahyarham Haji Ahmad Bin Said, meninggal pada hujung 2004 dan Allahyarham Hajah Seha Binti Bab, meninggal pada awal 1992.
Lepas tu, balik ke rumah. Di rumah kami makan-makan dan lepas tu bermaafan. Lepas tu, membahagikan duit raya untuk anak-anak saudara.
Lepas tu, kami ke rumah Mak Saudara isteri ku, mak Cik Timah di Sungai Layar dan rumah seorang lagi mak saudara. Lepas tu, balik rumah dan berehat.
Malam tu, sepupu saya (diat) yang juga berkahwin dengan orang Sungai Petani, telah datang ke rumah. Esoknya kami ke Yan dan Sungai Limau.
Mulai raya ke3 hingga ke 5, kami di rumah saje berkemas2 sebab rumah pusaka ini akan dijual. Masa berkemas timbul macam2 nostalgia lama bila melihat gambar lama dan barang lama. masing2 membelek dan membahagikan barang di antara adik-beradik. Tu yang makan 3 hari berkemas. Kami bertolak balik ke Johor jam 2.30 petang raya ke5. Sampai di Rengit jam 3 pagi. Kemudiannya, jam 10 malam hari jumaat kami bergerak balik ke Tiram. Hari Sabtu, kemas rumah sebab sebelum raya tak kemas lagi. Hari Ahad dah sebuk nak hantar Aqila ke IPTI, Aliff ke SMK Mohd Khalid dan Afiqah ke MRSM Pontian, Maka tinggallah 3 orang di rumah lepas tu........
Posted by Azhar dan Sherina at 5:53 AM 0 comments
18 September, 2009
2 hari sahaja lagi bulan Ramadan
Bulan Ramadan semakin meninggalkan kita. Hari ini Jumaat dan esok Sabtu sahaja yang tinggal untuk berpuasa. Hari Ahad dijangka I Syawal. Sedih jugak sebab terasa masa berlalu begitu cepat. Rasa macam tak sempat nak buat banyak ibadat tiba2 dah nak raya. Semalam, keluarga saya lengkap semula. Anak yang Sulong, Aqila dah sampai rumah. Yang kedua Aliff pun dah sampai rumah. yang ke3, dah sampai hari Rabu lagi. Aqila belajar di IPG Kampus Temenggung Ibrahim, JB. Aliff di Tingkatan 4, SMK Mohd Khalid JB dan Afiqah di MRSM Pontian. Nasib baik semuanya tak jauh, mudahlah nak ambil. Kalau jauh, terpaksalah naik bas sendiri. Semalam dapat berbuka 6 orang. Selalunya bertiga je.....
Pagi ini, saya memeriksa Toyota Unser, periksa minyak hitam, air bateri, tekanan angin pada tayar dan pergi hantar cuci. Lepas tu, ambil daun pandan belakang rumah dan letak dalam kereta. Pewangi percuma tak [erlu bayar. Nak letak banyak helaipun tak jadi masalah...hehehe
Petang ni, nak bergerak balik kampung. kali ni giliran Sungai Petani. Tapi persinggahan wajib kami adalah Rengit, Batu Pahat. Kena pastikan sampai Rengit sebelum waktu berbuka. Kemudian dalam jam 11 malam lebih kurang, kami sekeluarga akan memulakan perjalanan ke SP.
Mungkin dalam tempoh raya ni dalam seminggu jugalah saya takkan mengemaskini blog ini. Oleh itu, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang membaca blog ini. Selamat lkembali ke kampung dan pulang semula ke rumah dengan selamat dan sihat. Berhati-hati semasa memandu dan semasa makan.
Wassalam
Azhar Arifin
Posted by Azhar dan Sherina at 10:16 AM 0 comments
17 September, 2009
Tahniah Kepada Norlaila Othman
Saya membaca dalam Malaysiakini mengenai pembebasan tahanan ISA. Salah seorang daripada mereka adalah suami kepada rakan semasa menuntut di ITM Terengganu dulu iaitu Norlaila Othman. Saya tahu yang Norlaila begitu bersungguh-sungguh berjuang supaya suami beliau dan tahanan ISA yang lain dibebaskan. Namun, aktiviti beliau hanya saya ikuti melalui laman-laman web sahaja. Bersempena dengan bulan yang mulia ini sudah tentunya berita gembira ini menyejukkan sedikit hati Norlaila dan keluarga yang selama 8 tahun menderita terpisah di antara bapa dan anak dan suami dan isteri. Keluarga adalah sesuatu yang amat bernilai dalam kehidupan kita. Sewajarnya kita menghargai ikatan kekeluargaan ini. Saya amat menyanjung kesabaran dan kesetiaan Norlaila yang tabah hidup sendiri membesarkan anak beliau. Semoga selepas ini, keluarga beliau akan lebih rapat kerana ujian besar seperti ini sudah tentu memberi kesedaran betapa pentingnya orang yang tersayang dalam hidup kita.
Selamat menjalani kehidupan baru kepada Norlaila Othman, suami beliau Mat Shah dan anak tunggal mereka.
Posted by Azhar dan Sherina at 4:05 AM 0 comments
15 September, 2009
HARI RAYA MENJELANG TIBA
Beberapa hari lalu saya tidak berkesempatan mengemaskini blog saya ni. Saya ke Shah Alam kerana ada tugasan. Pertamanya menjadi urusetia Pertandingan Catur Bistari peringkat UiTM Shah Alam dan keduanya menjadi Panel Hakim Penilaian Rancangan Perniagaan Terbaik Program Siswa Bistari UiTM Shah Alam. Saya ke sana pada hari Sabtu dan tadi petang sampai ke rumah.
Alhamdulillah, sepanjang 4 hari di sana, ketiga-tiga malam saya mampu berkunjung ke Masjid Biru, Shah Alam untuk qiamullail. Terima kasih kepada Sdr Jamaludin (Ilham Lestari) yang menjadi peneguh semangat untuk saya bangun jam 3 pagi. Bukan mudah untuk bangun seawal itu kerana itu adalah waktu yang paling syok untuk tidur.
Saya nak cerita pasal masjid ni. Saya tidak pasti tentang masjid lain tapi saya tertarik dengan umat islam di Shah Alam yang benar-benar memanfaatkan 10 malam terakhir bulan Ramadan untuk beribadat. Bila saya sampai di masjid, saya terperanjat melihat begitu banyak kereta yang diletakkan di pekarangan masjid. Wah mesti ramai yang berada dalam masjid. Telahan saya memang benar malahan yang menariknya yang datang bukan individu semata-mata tetapi dengan keluarga. Ada yang sedang bersahur ada yang sedang membaca al-quran ada yang sedang solat dan ada juga yang sedang berehat. Kebanyakan mereka berada di dewan bawah masjid yang memang cukup luas. Saya juga meninjau persekitaran masjid dan menyaksikan banyak gerai jualan berada dalam kawasan masjid. Bukan di kawasan lapang tetapi dalam bangunan masjid. masjid ni memang besar. Bila saya ke tandas masjid, saya lihat kebersihan tandas memang cukup baik tetapi tidak lah sampai peringkat tandas di hotel 5 bintang tetapi memang bersih. Ada kemudahan mandi dan bersalin pakaian yang selesa dan banyak. Selepas saya meninjau kemudahan yang ada, saya mencadangkan kepada Sdr Jamaludin supaya kami bermalam di masjid pada malam ketiga dan beliau bersetuju. Bila kita berada dalam lingkungan orang yang bersolat, membaca al-quran kita pun jadi bersemangat dan menjadi berkeinginan untuk turut sama mengimarahkan malam di masjid tersebut. Memang tak rugi saya ke sana.
Insyallah, jika diberi peluang lagi, saya akan berusaha untuk beribadat di masjid ini. Tahniah kepada pengurusan masjid yang berjaya menjadikan masjid Shah Alam sebagai tempat aktiviti masyarakat dan bukan semata-mata tempat solat sahaja. Saya mengharapkan masjid-masjid lain di negara ini dapat belajar daripada kaedah pengurusan masjid ini yang aktif dan kreatif.
Posted by Azhar dan Sherina at 10:23 PM 0 comments
11 September, 2009
Cuba Ubah Rupa Blog
Rupa blog saya dah lain hehehehe. Semalam cuba-cuba ubah sikit sana, sikit sini dan dapatlah ubah sebagaimana yang boleh disaksikan bagi sesiapa yang masuk blog ni. Takdelah hebat mana tapi dah kira baik untuk orang yang baru berjinak-jinak seperti saya. Lepas ni nak usahakan supaya blog ni boleh menjana pendapatan pulak hehehe...Bukan nak kaya tapi cukuplah untuk cover duit dapur hehehe.
Saya 'access' blog ni melalui PC di pusat servis toyota di Larkin. Kereta Toyota Unser saya sedang dirawat oleh 'doktor' Toyota. Tak taulah apa sebenarnya masalah. Tengok gaya macam H1N1. Minyak hitam ada bau petrol. Wah macam mana petrol boleh menerobos ke tempat minyak hitam?Janganlah mahal-mahal kena caj. Raya dah tak lama lagi. Rabak poket kerana merawat Unser ni. tapi terpaksalah jugak. Kalau tak dirawat sekarang, dia jatuh sakit di tengah Lebuh raya utara selatan, apa cerita?. Dugaan bulan puasa......
Petang ni saya kena ambil Aliff (satu-satunya anak lelaki) dari asrama. Esok, Sabtu jam 2 petang saya akan ke Shah Alam kerana terbabit dengan Program Siswa Bistari di UiTM Shah Alam pada Ahad dan Isnin. Hari Selasa ada urusan di Bahagian Pengambilan, SPA, Putrajaya.
Jadi selepas ni mungkin boleh kemaskini blog ni hari Rabu......hari Rabu ada latihan Catur Bistari. Nak masuk Pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan dalam bulan 11 nanti.
Nak cerita sikit pasal pusat servis toyota ni. Nak cerita kemudahan yang disediakan sementara menunggu kenderaan diservis. Tempat menunggunya sangat luas, ada kemudahan suratkhabar, ada 2 komputer yang boleh access internet boleh digunakan oleh sesiapapun percuma, ada kafe tapi tak taulah free ke kena bayar...malas nak tanya bulan puasa hehehe.
Lain kali bolehlah servis Unser di sini sebab selesa sangat. Layananpun bagus....promote jangan tak promote.....
Posted by Azhar dan Sherina at 10:54 AM 0 comments
10 September, 2009
Masa nilah kereta meragam
Hari Sabtu lepas, Toyota Unser saya rosak di Giant Pelentong. Masa pergi tak ada masalah, bila nak balik tak mau hidup. Saya pun panggil mekanik yang biasa saya hantar kereta untuk servis. Dapat dihidupkan tapi kena bawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut sebab enjinnya macam lari 'tuning'nya. Petang tu, tak siap. Kena tunggu hari Ahad. hari Ahad pun tak siap. Hari Isnin pun tak siap. Hari selasa, bengkel tutup pulak. Tadi, bila pergi ke bengkel, mekanik tu menyerah kalah dan mengatakan kereta ni kena hantar pusat servis Toyota. Aduhai...kena periksa menggunakan komputer. Toyota ni pulak kena buat temujanji. Hari Khamis dah penuh, dapat temujanji hari Jumaat. Aiyoyo...janganlah kena mahal-mahal. Raya dah dekat dan kali ni nak balik Kedah pulak Inilah dugaan Tuhan. Kena sabar. Lebih baik rosak sekarang daripada rosak di tengah lebuhraya. Kalau di tengah lebuhraya, jawabnya beraya di lebuhrayalah sebab saya akan balik ke Kedah pada 18hb malam dan raya dijangka pada 20hb. Kena fikir positif, inilah caranya Allah swt nak tolong saya dan keluarga. jadi hari Jumaat ni kena ke Pusat Servis Toyota di Larkin.
Posted by Azhar dan Sherina at 12:54 AM 0 comments
08 September, 2009
Lailatul Qadar Sudah Datang????!!!!!
Terima kasih Teddy Reezwan kerana sudi menjengah blog saya. UiTM mengingatkan saya kepada zaman ITM Terengganu sekitar tahun 82-85. Lamanya....kira zaman batulah tu. Dah 24 tahun berlalu.....wahhhhh tua dah saya....Kali ni saya teringat nak cerita pasal lailatul Qadar. Kena petik dari pakar. Ini bukan tulisan asal saya tapi petikan daripada beberapa laman web......
BANYAK amalan salih dilakukan pada Ramadan dengan harapan mendapat keberkatan dan kerahmatan Allah. Bagi setiap amalan dilakukan kita hendaklah berdoa supaya diterima Allah. Sesungguhnya berdoa adalah satu tugas agama yang penting kedudukan dan mahal nilainya. Ia adalah pintu ibadah dalam memperhambakan diri kepada Allah dan memperlihatkan kerendahan jiwa kepada-Nya. Ini jelas melalui sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Doa itu adalah otaknya ibadat." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari). Pengabdian atau ibadat yang dikerjakan tanpa berdoa adalah tidak berjiwa, hidup dan bergerak. Ini laksana tubuh yang tidak bernyawa – ada badan tetapi tidak dapat bergerak ke mana-mana. Amalan berdoa digalakkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi pada Ramadan, terutama pada Lailatul Qadar. Ia adalah malam paling mustajab berdoa, khususnya pada masa berlalu separuh malam dan ketika berada pada bahagian malam yang akhirnya. Sepanjang Lailatul Qadar adalah saat doa yang dimakbulkan. Maka perbanyakkan doa pada malam itu. Dalam satu hadis, Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah, apa pendapat kamu jika aku tahu Lailatul Qadar itu, apakah akan aku bacakan dalamnya? Jawab Baginda: "Bacalah "Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fuanni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini)." (Hadis riwayat al-Khamsah). Ulama tasauf yang juga ulama fikah terkenal, Sufian as-Sauri berkata: "Berdoa pada Lailatul Qadar itu lebih disukai daripada mengerjakan solat. Malah apabila seseorang membaca al-Quran, berdoa dan meningkatkan doa kepada Allah, mudah-mudahan dia memperoleh waktu yang mustajab." Secara jelas dapat diperhatikan bahawa Rasulullah SAW amat menyukai dan menyuruh umatnya berdoa pada Lailatul Qadar dengan meminta keampunan kepada Allah. Lailatul Qadar adalah satu saat yang makbul dan sesiapa yang berdoa dan bertepatan doanya dengan Lailatul Qadar, maka pastilah doa dikabulkan Allah. Tuhan selalu membuka pintu untuk hamba-Nya mengadu, memohon dan berdoa kepada-Nya. Ini jelas daripada firman-Nya bermaksud: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Surah al-Baqarah, ayat 186). Firman Allah lagi bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Nya, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dengan hina." (Surah al-Mukmin, ayat 60). |
Kehebatan Malam Al-Qadr
Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-
1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;
Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi. (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ
Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)
Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang, rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )
Imam Al-Qurtubi mencatatkan
قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق
Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)
Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.
Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?
Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?
Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.
Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.
Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.
Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.
Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.
Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.
3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-
وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر
Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan) ( At-Tabari, 30/259)
Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).
4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.
5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.
6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;
Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)
Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan. Tulisan di atas adalah petikan dari laman web http://www.zaharuddin.net/content/view/604/90/
Posted by Azhar dan Sherina at 11:17 AM 0 comments
06 September, 2009
Bulan Ramadan Bulan Bersedekah
Posted by Azhar dan Sherina at 11:09 PM 0 comments
05 September, 2009
Orang Gaji ke Orang Ngaji ke Nak kena gergaji?
Terima kasih Mama Alisya yang sudi menjadi follower blog saya.
Posted by Azhar dan Sherina at 2:41 PM 0 comments
04 September, 2009
Nak Raya di mana? Rumah mak ke rumah mak mertua?
Hari ini hari ke 14 kita berpuasa. Sekejap sangat rasanya masa berlalu. Waktu saya kecil dulu, terasa lama benar hari-hari puasa berlalu. Kenangan waktu berpuasa dulu-dulu kadang-kadang datang juga. Teringat main bola di bulan puasa, mandi sambil telan air waktu tengahari, baring atas lantai simen dengan berseluar pendek kerana kepanasan dan keletihan, menunggang motosikal menghantar juadah berbuka ke rumah atuk di waktu petang sambil menikmati pemandangan kampung yang sungguh damai dengan serba kehijauan, bersembahyang terawih dengan cahaya pelita di surau kerana elektrik belum ada, terpaksa makan asing sebab tak puasa, perasaan malas bangun sahur kerana mengantuk teramat sangat dan banyak lagi. Semua ini kenangan indah yang pastinya tidak dapat dilupakan. Dulu rasa terseksa bila berpuasa. Sekarang puasa sudah sebati dan tidak menjadi masalah langsung. Dulu kalau ada peluang makan, mesti makan. Sekarang, kena ingat bukan budak-budak lagi. Sebab itu, bila lihat anak-anak yang mampu berpuasa tanpa paksaan terasa mereka jauh lebih hebat daripada saya.
Posted by Azhar dan Sherina at 7:36 AM 0 comments







