BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ISTERI & ANAK BONGSUKU

ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah

Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri

My photo
Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP

20 August, 2009

Perasaan Insan Yang Bernama Ibu dan Bapa

Salam semua. Ibu dan bapa adalah dua insan agung untuk kita semua. Tanpa mereka yang bersatu, tidak akan lahir kita di dunia fana ini. Masa saya kecil dulu, saya selalu berfikir apa akan jadi kalau mak dan bak takde lagi di dunia ini. hubungan saya dengan mak dan bak memang baik tapi sehingga kini saya masih merasa yang saya tidak cukup memberikan sesuatu untuk mereka. Dari segi harta benda, saya tidak mampu untuk memberi mereka rumah banglo, wang yang banyak dsbnya. Dari segi kasih sayang juga saya tidak memperlihatkan yang saya sayang mereka secukupnya. Tapi saya sayang mak dan bak. Mereka berdua kini sudah berusia 69 tahun (mak) dan 74 tahun (bak). Usia mereka dah dikategorikan sebagai usia bonus. Selagi mereka masih berada di dunia ini, sepatutnya saya lebih kerap menghubungi dan mengambilberat tentang mereka. Mereka tak mau duit saya sebab mereka tau saya takde duit. Bak sebenarnya sudah boleh hidup selesa sekarang ni sebab pencen bulanan dia mencukupi untuk mereka berdua. Malahan bak boleh memberi wang kepada cucunya bila mereka balik. Sekarang ni apa yang mereka harapkan agar anak-anak dan cucu-cucu lebih kerap balik kampung dan mengunjungi mereka. Itu sahaja yang mereka mahukan. Mereka cukup berpuashati mendengar cucu-cucu yang bermain dan bising sehingga ke tengah malam kerana cucu-cucu ni kalau dah berkumpul, macam takde rasa mengantuk sehingga perlu diingatkan suruh tidur. Sekarang ni mak dan bak bukanlah sihat sangat. Saya hanya mampu berdoa semoga mereka dapat terus bersama kami semua seberapa lama yang boleh. Saya rasa belum bersedia untuk menerima berita kehilangan mereka. Dari segi psikologinya, mak dan bak adalah penyokong hidup saya. Untuk mak dan bak...A'a sayang mak dan bak.

3 comments:

Tok Zu said...

alhamdullah,anak yang baik.
lebih lebih lagi di bulan ramadhan yang mulia ni,pulang lah berbuka bersama sama mereka.
selagi mereka ada ziarah lah mereka selalu.

long ani said...

Ibu bapa tiada duanya.Ingat padanya setiap masa.Berpahala kita mwelihat wajah orang tua kita

Azhar Arifin said...

hehehe ada juga orang yang tengok blog ni. Terima kasih di atas komen Mak Usu dan Long Ani. Alhamdulillah, petang sabtu lepas saya sekeluarga dapat balik Rengit dan berbuka beramai-ramai dengan mak dan bak dan adik beradik yang lain. Memang seronok dapat berbuka di kampung. Saya cuma bawa balik murtabak Kg Melayu yang terkenal di JB. Bawak jugak sedikit air kathira. Alhamdulillah dapat 2 kali buka puasa iaitu hari sabtu dan ahad.