BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ISTERI & ANAK BONGSUKU

ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah

Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri

My photo
Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP

15 January, 2009

Hari ketiga dan keempat 14 dan 15 Januari 2009

Semalam pagi, saya bertemu teman-teman di Syarikat Pengangkutan Maju Berhad, memberi penerangan mengenai pentingnya membuat surat wasiat. Alhamdulillah, seramai 7 orang telah bersetuju dan mengisi borang membuat surat wasiat dengan Amanah Raya Berhad.

Selepas itu, saya terus menguruskan penghantaran borang wasiat mereka. Selesai sahaja, saya menuju ke Ulu Tiram untuk balik ke rumah.

Kemudian saya menerima panggilan telefon daripada Norlinda Ibrahim, memaklumkan bayaran Pengacara Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran Catur Bistari KFC Peringkat Kebangsaan 2008/2009 yang saya acarakan pada 10 Januari 2009 di Persada Johor telah siap. Saya memberitahu beliau, esok pagi iaitu 15 Januari saya akan ke pejabat Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd untuk mengambil bayaran tersebut.

Pagi ni, selepas menghantar anak saya ke sekolah, saya singgah di Stesyen Minyak Petronas di Jalan Lingkaran Dalam JB (ini adalah kebiasaan saya setiap pagi selepas cuti sekolah tamat). Saya ke situ membeli akhbar dan membacanya dalam kereta sementara menanti jam 8 pagi. Jam 8 pagi saya ke Menara Ansar, JB menemui Norlinda. Beliau mencadangkan saya membantu beliau untuk membuat program Summer Camp Catur Bistari. Wah, ini satu cadangan yang baik. Catur Biistari adalah business game yang telah dicipta oleh JCorp dan sedang dikembangkan di seluruh negara. Insyallah sedikit masa lagi ia akan menjadi popular dan dimainkan seperti mana terkenalnya monopoli.

2 comments:

Anonymous said...

AA mak e pun nak buat surat wasiat lah utk harta mak e yang banyak tu .dalam negeri , luar negeri , atas angin, bawah angin...nanti 1 ogos datang bawak surat tu ya. Tau tak 1 ogas ada apa ? mak e memang tak bagi kad jemputan , datang tau,....

Azhar dan Sherina said...

Hehehehehe....mak e, sorilah....tak bukak blog ni dah lama...nanti ada masa A'a akan ke BP bawak surat/borang wasiat....kalau ada saudara mara lain nak buat...bolehlah bagi tau.....