BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ISTERI & ANAK BONGSUKU

ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah

Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri

My photo
Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP

03 February, 2010

Benih Keusahawanan

Pada 1 dan 2 Feb 2010, saya terbabit dengan Program Pembimbing Keusahawanan dan Hari Bistari 2010. Program Pembimbing Keusahawanan adalah kursus untuk Guru2 Pembimbing Program Tunas Bistari dan Didik Bistari. Pihak Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd iaitu syarikat yang bertanggungjawab terhadap aktiviti2 keusahawanan anjuran Bistari Johor Berhad telah memberikan kepercayaan kepada Ilham Lestari Management untuk menjadi pengurus acara bagi memastikan Program Pembimbimg Keusahawanan dan Hari Bistari 2010 dapat berjalan lancar.

Tugas Ilham Lestari adalah memastikan proses pendaftaran peserta, persiapan tempat kursus (dewan kursus, peralatan seperti susunan kerusi meja, bahan2 kuliah dsbnya), urusan makanan, penginapan, pengangkutan, keselamatan dan penceramah diuruskan dengan sebaik2nya.

Sebanyak 170 buah sekolah seluruh negeri Johor terbabit dengan program ini ( 100 sekolah terbabit dengan Didik Bistari dan 70 sekolah Tunas Bistari). Para pesertanya terdiri daripada Guru Pembimbing dan pelajar2 sekolah seramai hampir 500 orang.

Pada 1hb, program ini tertumpu di Hotel Selesa JB. Manakala pada 2hb diadakan di Persada Johor, JB. Pada 1hb tersebut, para peserta telah mendengar Sesi Perkongsian Pengalaman dengan Tuan Hj Rozan Mohd Saat, Naib Presiden Kanan JCorp (Bisnes Intrapreneur) yang juga Pengarah Urusan Sindora Bhd. Beliau berkongsi mengenai pengalaman JCorp berbisnes. Memang menarik bila mendengar pengalaman JCorp yang bermula daripada tidak ada apa2, sehingga kini telah memiliki nilai aset tidak kurang RM10 bilion.

Saya terbabit menjadi Pencermah untuk Program Didik Bistari dan saya telah menyampaikan tajuk Kreativiti dalam bisnes dan Rancangan Perniagaan. Program DB ini adalah untuk murid2 sekolah rendah. Oleh itu, aktiviti yang bakal dijalankan perlulah bersesuaian dengan peringkat umur mereka.

Pada 2hb pula telah diadakan Hari Bistari di mana di sebelah petang telah diadakan majlis penyampaian anugerah untuk peserta yang menyertai Program Tunas dan Didik Bistari 2009. Saya telah diberi kepercayaan untuk menjadi Pengacara Majlis. Sejak 1992, majlis ini memang saya acarakan kecuali sekali atau dua kali. Alhamdulillah, saya mampu mengendalikan majlis tersebut dan ianya berjalan lancar. Mudah sahaja untuk mengetahuinya kerana saya menggunakan petunjuk, jika Tan Sri Ali Hashim kelihatan tersenyum dan gembira di sepanjang majlis, maknanya beliau gembira. Saya kenal sangat dengan aksi wajah beliau sekiranya suka atau tidak. Maklumlah dah bertahun2 menjadi MC majlis2 JCorp. Saya pun yakin yang majlis tersebut tiada kesilapan kecuali kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan. Selesai saja majlis, saya dapat merasakan tekak saya perit.

Hari ini  tekak saya masih sakit lagi. Kena cari penawar...air asam jawa buatan sendiri.........