BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ISTERI & ANAK BONGSUKU

ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah

Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri

My photo
Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP

19 January, 2010

Terima kasih kepada semua

Saya sekarang dah ada facebook. Tujuannya adalah untuk mencari kawan-kawan lama dan membuat networking. Manalah tahu dengan jalinan ini boleh menambahkan kebaikan dan membuka pintu rezeki. Mungkin kalau ada yang nak perkenalkan saya kepada mana-mana syarikat yang memerlukan pengacara majlis, trainer untuk pengacara majlis, pengurusan acara, team building, kepimpinan, motivasi dsbnya, alhamdulillah diucapkan.

Hari ini saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya selama ini.

Sudah tentu saya nak ucapkan terima kasih kepada YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim, Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation yang banyak mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya selama 19 tahun berkhidmat di bawah beliau. Walaupun saya dah berhenti dr JCorp beliau masih membenarkan saya menjadi MC untuk majlis2 JCorp. Banyak dah majlis JCorp yang saya kendalikan. Sudah tentulah, saya akan memberikan yang terbaik untuk memastikan kepercayaan yang diberikan tidak disesiakan. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Puan Azizah Ahmad, Cik Suhana Shuib, Pn Satira Omar, Pn Juliah Yon, Pn Norlee Haziani, Pn Sh Noor, Puan Nora Ismail, En Kam, Tn Hj Rozan, Tn Hj Jamaludin Ali (boss KFC), Tn Hj Mazlan Othman, Pn Rabiyah Senin, Tn Hj Mat Salleh Hassan, Tn Hj Fazli, Tn Hj Zamri Norani, Tn Hj Ahamad Mohamad (boss Kulim) dan ramai lagi yang tidak putus2 membantu dan mendoakan kejayaan saya selepas berhenti daripada JCorp.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Sdr Asrar dari Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) yang masih suka nak ambil saya membantu beliau mengendalikan program untuk IPPJ. Bermula dengan program PTK untuk pegawai kanan SUK Johor, kemudiannya program untuk isteri-isteri pegawai JCS dan pegawai kerajaan yang berkhidmat di Johor, program PTK untuk JCS dan terbaru insyallah pada 27,28 dan 29 Jan ni program PTK lagi di JB. Semoga kerjasama baik ini dapat dieratkan lagi. Saya akan sentiasa memberi perkhidmatan profesional dan terbaik untuk memastikan program yang diamanahkan berjalan lancar dan berkesan.

Pada bulan Februari nanti, PUSPATRI akan mengadakan konvokesyen. Mereka pun telah menghubungi saya untuk menjadi MC majlis tersebut. Terima kasih juga kepada Tuan Hj Jaapar Samat yang menaruh kepercayaan untuk terus bekerjasama.

Semua yang memanggil saya untuk jadi MC biasanya adalah yang sudah pernah bekerjasama sebelum ini. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu saya. Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd juga insyallah akan memanggil saya untuk menjadi MC pada 2 Februari ini untuk majlis Anugerah dan Pelancaran Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari 2010 di Persada Johor. Sejak 1992 lagi saya hanya tidak menjadi MC sekali atau dua kali sahaja bagi majlis ini.

Oleh itu, saya mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kepada sahabat-sahabat yang masih sudi memanggil saya kerana ini adalah sumber rezeki untuk saya.

Sudah tentu saya  akan sentiasa mengingati budi baik semua.

0 comments: