BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ISTERI & ANAK BONGSUKU

ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah

Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri

My photo
Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP

15 January, 2010

Saya kembali mengisi blog ini

Dah terlalu lama saya tak mengisi blog ini. Last sekali lepas balik dari cuti raya di kedah. Sebabnya masa tu, modem streamyx kena petir. Lama jugak biarkan tak berganti. Bila dah ganti, tak rajin pulak nak kkemaskini blog ni. Alhamdulillah, hari ni kuatkan hati untuk merajinkan diri menulis.

Dalam bulan 11 dan 12 yang lepas, saya agak sebuk dengan aktiviti menjadi pengacara majlis. Alhamdulillah ramai pulak yang sudi panggil saya menjadi pengacara. Di antaranya adalah, majlis konvokesyen KPJ International College of Nursing and Health Sciences yang diadakan di Dewan merdeka, PWTC pada 9 Disember 09. Tetamu kenamaan adalah YAM Raja Zarith Sofia Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Sebelum tu Syarikat Pengangkutan Maju Bhd jemput pelancaran bas baru di Persada Johor, Johor Corporation jemput untuk Majlis Penyampaian Hadiah Hari Mekar Johor Corporation. Ada beberapa lagi majlis yang tak ingat pulak. Yang terakhir sebelum menyambut tahun 2010, Tanjung Langsat Port jempt majlis perasmian dermaga kargo cecair di Tanjung Langsat, Pasir Gudang pada 31 Disember 09.

Alhamdulillah semua majlis yang saya acarakan berjalan dengan lancar dan menggembirakan penganjur.  Terima kasih kepada semua pihak yang sudi menjemput saya. Jika ada yang memerlukan khidmat pengacaraan majlis sudi2kanlah jemput saya hehehehe. Sekarang ni pengacaraan majlis adalah salah satu daripada kerjaya saya sepenuh masa. Selain daripada itu, saya juga terbabit dengan program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari. Saya juga sudah menyiapkan modul untuk membuat kursus Pengacara Majlis Profesional. Ini adalah untuk berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang berminat menjadi pengacara majlis. Sayang rasanya jika pengalaman 20 tahun saya tidak dikongsi dengan yang berminat nak jadi pengacara.

0 comments: