BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

ISTERI & ANAK BONGSUKU

ISTERI & ANAK BONGSUKU
Yang nampak baju hijau bersongkok tu sayalah

Coretan Kesedaran Untuk Cerminan Diri Sendiri

My photo
Dari Rengit ke Sungai Petani, Menetap di Ulu Tiram bersama isteri dan 4 anak, Malaysia
Pengacara Majlis, Trainer Pengacara Majlis, Pengurusan Acara, Pengucapan Awam, Team Building, Kepimpinan, Penyeliaan, Motivasi Diri dan Kumpulan dan Perunding Program Tunas Bistari, Didik Bistari dan Siswa Bistari anjuran JCORP

18 January, 2010

Catur Bistari

Semalam saya masuk pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan di Persada Johor. Sajalah nak cuba-cuba. Malangnya tak berjaya. Takpelah. Tak menang takpe tapi dapat merasakan pertandingan yang disertai hampir 1000 orang. Catur Bistari ni bagus untuk melatih kita berfikir sebagai usahawan.

Hari ini saya sedang menyiapkan proposal untuk JCorp bagi melatih pengacara majlis yang terdiri daripada anggota pekerja dalaman. Saya juga sedang menyiapkan proposal pengurusan stress untuk JCorp. Selain itu, saya juga baru saja siapkan proposal untuk training  sebuah IPT yang meminta proposal untuk team building khususnya yang membabitkan jungle trekking dan water confidence. Insyallah hari ini semuanya boleh siap dan boleh dihantar. Bulan Januari ni agak tenang berbanding dengan bulan 11 dan 12. Bila tenang maknanya income pun tenang juga. Tu yang kena buat banyak proposal dan buat muka tak malu jumpa kawan2 untuk hantar proposal.

Beginilah hidup bila dah bekerja sendiri. Semuanya kena usaha sendiri. kalau dulu masa kerja JCorp hujung bulan dah tentu ada gaji. Rajin ke malas ke gaji tetap macam tu jugak. Memang selesa dengan gaji dulu tapi motivasi untuk bekerja makan gaji dah bekurang. Jadi konon2nya jadilah usahawan. Dah setahun pun saya begini tapi masih boleh bernafas dan bertahan walaupun ada masanya sesak nafas. Tapi langkah seribu kena bermula daripada langkah pertama. Ketahanan mental masih kukuh cuma kadang-kala tergugat jugak bila bil2 ada yang tertunggak. Main jadi2 dengan bank pasal loan pun biasa jugak. Tapi itu semuanya menjadikan saya lebih kreatif hahahaha.........Pandai uruskan aliran tunai tu kata kunci utama.

Tahun ni alhamdulillah, ada beberapa perancangan yang insyallah boleh mendatangkan income yang baik tapi tetap kena kejar sebabnya proposal hanya boleh jadi duit bila diterima, dilaksanakan dan dapat cek. Kalau setakat proposal je hmmmmmmm boleh menguap dibuatnya sebab proposal kita selalunya bukan priority kepada orang lain. Tapi ianya priority kita je. Jadi kenalah berlari2 anak dan kadang2 kena sprint dan kadang2 kena marathon sebab nak mengejar supaya proposal berjaya diterima....Begitulah nasib seorang yang nak bergelar usahawan..... 

0 comments: